THI 2019: Allah Bersemayam Atas Arasy
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 866
Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ
مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِن بَعْدِ إِذْنِهِ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ
فَاعْبُدُوهُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa.
Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya.
Itulah Allah, Tuhan kamu;
Maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingati-Nya?
(Yunus 10:03)
--------
Allah semayam atas Arasy dan mentadbir segala urusan dari sana bukanlah rekaan golongan Wahabi mahupun Salafi, tetapi ia adalah kenyataan Allah sendiri.
Bahkan dengan sifat sedemikianlah Allah mahu diri-Nya dikenali dan diimani, sebagaimana firman-Nya,
"Itulah Allah, Tuhan kamu".
Allah tidak memerlukan Arasy mahupun terbatas kepadanya.
Kita juga tidak berkata Allah memerlukan Arasy dan terbatas kepadanya.
Namun memandangkan Allah menyatakan diri-Nya bersemayam atas Arasy, maka kita pun beriman kepadanya dan menetapkannya.
THI 2019: Waktu Membaca Al-Qur'an
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 803
Dianjurkan membaca al-Qur'an pada bila-bila masa, kerana Q & S menganjurkannya.
Dianjurkan berdoa pada bila-bila masa, kerana Q
& S menganjurkannya.
Akan tetapi....
Mengkhususkan malam Nisfu Sya'ban untuk membaca surah Yasin 3 kali dengan doa tertentu di akhir setiap bacaan, maka tiada anjuran daripada Q & S.
Malah terdapat tegahan daripada Q & S, iaitu tegahan daripada berbuat bid'ah.
Mengkhususkan satu cara ibadah dan/atau pada satu masa tertentu adalah bid'ah.
Ayuh kita beribadah berdasarkan ilmu, agar ibadah itu menjana pahala dan mendekatkan kita kepada syurga serta reda-Nya.
Jauhilah ibadah berdasarkan ikut-ikutan, agar kita tidak melakukan yang sia-sia, yang mendekatkan kita kepada kesesatan serta neraka.
Q & S = al-Qur'an dan al-Sunnah.
THI 2019: Pemberat Timbangan Hari Kiamat
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 1019
Tazkirah hari ini, Rasulullah s.a.w. bersabda,
مَا شَيْءٌ أَثْقَلُ فِي مِيزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ خُلُقٍ حَسَنٍ،
وَإِنَّ اللَّهَ لَيُبْغِضُ الفَاحِشَ البَذِيءَ.
Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada Hari Kiamat kelak melainkan akhlak yang baik.
Dan sesungguhnya Allah membenci (lisan) yang kotor lagi lucah (obscene).
[Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1925/2002. Berkata Imam al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih. Juga dinilai sahih oleh al-Albani]
Dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa amalan yang paling memberatkan timbangan (mizan) pada Hari Kimat kelak adalah akhlak yang baik.
Termasuk dalam akhlak yang baik adalah perkataan yang baik dan sopan. Sesuatu yang secara jelas menyelisihi serta menjauhi akhlak yang baik adalah perkataan yang kotor dan lucah. Oleh kerana itulah Rasulullah menyebut tentangnya sebaik sahaja menerangkan tentang akhlak yang baik. Bahkan perkataan yang kotor dan lucah itu merupakan sesuatu yang dibenci oleh Allah.
Pada masa kini, sesuatu yang kotor dan lucah boleh juga merupakan simbol-simbol yang dibuat dengan jari tangan dan gambar-gambar. Moga kita semua berusaha memberatkan timbangan amal di Hari Kiamat kelak dan menjauhi apa yang sebaliknya.
Ruangan Baru - Mengulas Kenyataan
- Details
- Written by Pengendali Laman
- Category: Pengumuman lain
- Hits: 920
Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Buat pengetahuan semua, bermula Julai 2019, satu ruangan baru, iaitu 'Mengulas Kenyataan', telah di tambah dalam laman ini bagi menjawab atau mengulas kenyataan-kenyataan yang salah di media massa atau rangkaian sosial. Ruangan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu ulasan khas kepada kenyataan Asiah Abdul Jalil dan ulasan kepada penulis-penulis lain.
Di harapkan para pembaca budiman dapat melayari menu utama untuk membaca jawab balas yang diberikan. Diingatkan bahawa ruangan ini memuatkan penulisan kepada kenyataan berbangkit yang dirasakan perlu untuk dijawab balas, maka diharap para pembaca sekalian dapat sentiasa kembali ke ruangan ini bagi membaca perbincangan mutakhir yang dilampirkan.
Semoga mendapat manfaat daripada laman ini.
Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Page 23 of 67