PEDOMAN-PEDOMAN BERMAZHAB DALAM ISLAM
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah
{ al-Firdaus.Com }

 

 

10 Adakah Seruan

"Kembali Kepada Al-Qur'an Dan Al-Sunnah"

Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab ?

 

 

Mutakhir ini kita sering kali mendengar seruan: �Kembalilah kepada al-Qur�an dan al-Sunnah� atau �Pegangan kita hanyalah al-Qur�an dan al-Sunnah�. Adakah dengan seruan ini bererti meninggalkan ajaran para imam mazhab ?

Jawapannya tidak. Kesemua ajaran para imam mazhab adalah berdasarkan al-Qur�an dan al-Sunnah. Begitu juga dengan pengeluaran hukum berdasarkan kaedah ijma� dan qiyas, ia tetap berasal daripada al-Qur�an dan al-Sunnah.

Maksud sebenar seruan �Kembali kepada al-Qur�an dan al-Sunnah� ialah meninggalkan ajaran seseorang imam mazhab jika ia secara pasti didapati tidak tepat berbanding dengan dalil-dalil al-Qur�an dan al-Sunnah yang sahih. Ajaran yang ditinggalkan itu juga hanya berkaitan dengan perkara yang tidak tepat sahaja dan bukannya keseluruhan ajaran imam mazhab tersebut.

Berikut dikemukakan satu contoh.

al-Syafi�e berpendapat membasuh muka ketika berwudhu� adalah wajib manakala berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung adalah sunat. Ini kerana ayat yang memerintah wudhu� hanya menyebut �membasuh muka� tanpa menyebut berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung.[1] Ayat yang dimaksudkan ialah:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangah kamu hingga ke siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali. [al-Maidah 5:06].

Berkata al-Syafi�e rahimahullah berkenaan ayat di atas:

Aku tidak mengetahui bahawa berkumur-kumur air di mulut dan memasukkan air ke hidung atas orang yang berwudhu itu adalah fardhu (wajib). Dan aku tidak mengetahui ada perselisihan bahawa orang yang berwudhu jika meninggalkan kedua yang tadi dengan sengaja atau lupa dan mengerjakan solat, bahawa tidak dihitung (tidak dikira sah) solatnya.[2]

Akan tetapi para mujtahid selepas al-Syafi�e berpendapat berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung adalah wajib hukumnya. Ini kerana mulut dan hidung termasuk bahagian muka. Lebih dari itu jika dikaji sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam berwudhu�, beliau sentiasa berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidungnya. Perbuatan baginda ini memperincikan keumuman maksud �muka� di dalam ayat ke 6 surah al-Maidah di atas.

al-Syaukani rahimahullah menerangkan: 

Saya berkata, pendapat yang mengatakan ia (berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung) adalah wajib merupakan pendapat yang benar. Ini kerana Allah Subhanahu telah memerintahkan di dalam kitabnya yang agung (al-Qur�an) untuk membasuh muka manakala berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung termasuk bahagian muka.  Dan sungguh telah jelas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam secara berterusan melakukan yang sedemikian di dalam setiap wudhu�nya dan ini diriwayatkan oleh semua perawi yang menjelaskan sifat wudhu� baginda shallallahu 'alaihi wasallam. Maka ini menerangkan bahawa termasuk bersama perintah al-Qur�an untuk membasuh muka ialah berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung.[3]

Antara hadis-hadis yang dimaksudkan ialah:

Pertama:

Daripada Abu Hurairah radhiallahu �anh, Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam bersabda: 

Apabila salah seorang antara kamu berwudhu�, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian menghembuskannya keluar. [4]

Kedua:

�Ali (bin Abi Talib radhiallahu �anh), bahawasanya dia meminta air wudhu�, kemudian dia berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung lalu menghembuskan air itu keluar dengan tangan kirinya, dia berbuat demikian tiga kali. Kemudian dia berkata: �Inilah cara berwudhu Nabi shallallahu �alaihi wasallam.� [5]

Ketiga:

�Utsman ibn �Affan radhiallahu �anh, pernah meminta bekas air lalu dia menuangkannya ke atas dua tapak tangannya tiga kali kemudian membasuhnya; kemudian memasukkan tangan kanannya dalam bekas air lalu dia berkumur dan menghisap air ke dalam hidung��� Apabila selesai Uthman berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa berwudhu� seperti ini � dan wudhu�nya ialah seperti ini��[6]

Keempat:

Abu Hurairah radhiallahu �anh berkata:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami berkumur-kumur dan menghisap air ke dalam hidung.[7]

Oleh itu pendapat yang lebih tepat ialah wajib hukumnya berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung ketika berwudhu�.[8]

Demikian satu contoh meninggalkan ajaran seorang imam mazhab jika ia secara pasti didapati tidak tepat berbanding dengan dalil-dalil al-Qur�an dan al-Sunnah yang sahih. Sekali lagi diulangi bahawa yang ditinggalkan hanya ajaran berkaitan dengan perkara yang tidak tepat sahaja dan bukan meninggalkan keseluruhan ajaran imam mazhab tersebut.

 

 

^Kembali Ke Atas

| 11. Memilih-milih Antara Mazhab.

 



[1]           Wahbah al-Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, jld. 1, ms. 222-223.

[2]               al-Umm (edisi terjemahan oleh Ismail Yaakub; Victorie Agencie, K.Lumpur 1989), jld. 1, ms. 69.

[3]               Sebahagian daripada kata-kata al-Syaukani di dalam al-Sail al-Jarrar (ed: M. Ibrahim Zayid; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1405H), jld. 1, ms. 81.

[4]               Sahih: Hadis riwayat Malik, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa�i, lihat Shahih Muslim � no: 237 (Kitab Thaharah, Bab menghirup air ke dalam hidung ��).

[5]               Sanad Sahih: Hadis riwayat al-Nasa�i, sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasa�i � no: 091 (Kitab Thaharah, Bab tangan yang mana untuk menghirup air ke dalam hidung).

al-Imam al-Nasai berasal dari Nasa, Parsi. Nama penuhnya ialah �Abd al-Rahman Ahmad bin Syu�aib, lahir pada 215H/830M. Minat beliau kepada ilmu hadis bermula sejak kecil dan beliau telah merantau ke banyak wilayah Islam untuk meriwayatkan hadis. al-Nasai meninggal dunia di Damsyik, Syria pada 303H/915M.

[6]               Sahih: Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim Abu Daud dan al-Nasa�i, lihat Shahih al-Bukhari � no:160 (Kitab Wudhu�, Bab berwudhu; tiga kali-tiga kali).

[7]               _ _ _: Hadis riwayat al-Daruquthni dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Di dalam sanadnya terdapat perbincangan. Lebih lanjut lihat penerangan �Adil Ahmad dan �Ali Muhammad di dalam penelitian mereka (tahqiq) ke atas kitab Sunan al-Daruquthni, jld. 1, ms. 288-289.

                Syaikh �Adil Ahmad bin �Abd al-Maujud dan Syaikh �Ali Muhammad bin Mu�awwad ialah dua orang peneliti (muhaqqiq) yang terkenal di mana kini. Mereka telah membukukan belasan buah kitab daripada edisi manuskrip yang asal kemudian diberi pelbagai catitan tambahan yang bermanfaat. Sebelum ini usaha mereka banyak ditumpukan kepada kitab fiqh dan kini mereka menceburi bidang hadis pula. Semoga Allah memberikan mereka kekuatan yang berterusan untuk berkhidmat kepada ilmu-ilmu Islam.

[8]               al-Syaukani � Nail al-Authar (edisi terjemahan oleh Hadimulyo & Kathur Suhardi; CV Asy Shifa� , Semarang 1994), jld. 1, ms. 306-312; Muhammad bin Ismail al-Shanani � Subul al-Salam, jld. 1, ms. 106 dan Hasbi al-Shiddieqie - Koleksi Hadis-hadis Hukum (Yayasan TM Hasbi Ash Shiddieqie, Jakarta 1993), jld. 1, ms. 233-238.