PEDOMAN-PEDOMAN BERMAZHAB DALAM ISLAM
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah
{ al-Firdaus.Com }

 

 

12 Berusaha Menjauhkan Taqlid

 

 

Taqlid dari sudut bahasa ialah menggantung kalung di leher. Dari sudut agama taqlid ialah tindakan mengikuti suatu pendapat tanpa mengetahui dalil atau hujah di sebaliknya. Orang yang melakukan taqlid digelar muqallid. Rashid Rida rahimahullah menerangkan:

Taqlid ialah mengikuti pendapat orang yang dianggap terhormat atau terpercaya dalam masyarakat tentang suatu hukum syari�at Islam tanpa memerhatikan benar atau salah, baik atau buruk, manfaat atau mudarat hukum yang diikuti tersebut.[1]

Flowchart: Document: Yang benar hukum taqlid bergantung kepada ke-mampuan individu.Dalam konteks bermazhab, taqlid bererti:

Mengikuti pendapat mazhab fiqh Islam atau ajaran berkenaan suatu mazhab fiqh tanpa mengetahui atau memahami dalil, hujah, alasan dan penerangan di sebaliknya.

 

Hukum Taqlid.

Di bab ini terdapat 3 pendapat:

Pertama:          Haram bertaqlid. Taqlid hanya dibolehkan kepada al-Qur�an dan al-Sunnah, tidak kepada sesama manusia setinggi mana sekalipun ilmunya.

Kedua:             Wajib bertaqlid. Semua umat Islam wajib bertaqlid kepada salah seorang imam mujtahid kecuali mereka yang mencapai darjat kemampuan untuk berijtihad secara mutlak.

Ketiga:             Hukum bertaqlid berbeza-beza bergantung kepada kemampuan setiap individu.

 

Pendapat yang benar:

Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang ketiga, iaitu hukum taqlid bergantung kepada kemampuan individu. Kemampuan tersebut diukur dari dua sudut:

Pertama:        

Kecerdasan akal untuk mengkaji dalil-dalil al-Qur�an dan al-Sunnah serta hujah para mujtahid sebelumnya.

Berdasarkan kajian tersebut dia mampu mengeluarkan pendapat yang tersendiri (mujtahid mustaqil) atau menguatkan satu pendapat di antara beberapa pendapat yang sedia ada (mujtahid murajjih) atau hanya sekadar mengetahui beberapa pendapat yang sedia ada, khasnya pendapat mazhab ikutannya (mujtahid musta�dil).

Sebaliknya jika dia tidak mampu mengkaji, maka dia hanya mengikut hasil kajian orang lain sambil memerhatikan dalil serta hujahnya (ittiba�) atau jika masih tidak mampu maka dia hanya mengambil pendapat orang tersebut (taqlid) tanpa memerhatikan dalil serta hujahnya.

Kedua:           

Flowchart: Document: Bagi orang awam, jika dia ber-kemampuan untuk berijtihad dalam sebahagian masalah, maka dibolehkan baginya untuk berijtihad. Ini kerana ijtihad merupakan sesuatu yang boleh menerima pemecahan dan pembahagian (kepada tahap dan tingkatannya).Kemudahan fizikal seperti sihat anggota badan untuk bergerak mencari rujukan dan mengkajinya. Juga berkemudahan untuk melakukan rujukan seperti memiliki masa yang mencukupi, terdapat perpustakaan yang menyimpan koleksi rujukan ilmiah dengan jarak yang sewajarnya.

Berdasarkan kemudahan ini dia mampu melakukan kajian sebagai seorang mujtahid sesuai dengan tingkatan-tingkatannya (mustaqil, murajjih atau musta�dil) secara keseluruhannya atau pada bab dan permasalahan tertentu sahaja.

Sebaliknya jika dia tidak memiliki kemudahan di atas, memadai jika dia hanya mengikut hasil kajian orang lain sambil memerhatikan dalil serta hujahnya (ittiba�) sekadar yang dapat diperolehinya. Jika masih menghadapi kesukaran, memadailah dengan hanya mengambil pendapat orang tersebut (taqlid).

Berkata Ibn Taimiyyah rahimahullah berkenaan hukum taqlid:

Pendapat yang dipegang oleh kebanyakan imam ialah ijtihad dibolehkan dalam beberapa sudut dan taqlid dibolehkan dalam beberapa sudut yang lain. Mereka tidak mewajibkan ijtihad ke atas setiap individu dan mereka tidak mengharamkan taqlid. (Pada waktu yang sama) mereka tidak mewajibkan taqlid ke atas setiap individu dan mereka tidak mengharamkan ijtihad.

Ijtihad dibolehkan mengikut kadar kemampuan masing-masing untuk berijtihad dan taqlid dibolehkan bagi sesiapa yang tidak mampu berijtihad. (Timbul persoalan) adakah orang yang mampu berijtihad dibolehkan baginya untuk bertaqlid ? Dalam persoalan ini terdapat perbezaan pendapat. Yang benar ia dibolehkan, iaitu pada ketika seseorang tidak mampu berijtihad sama ada kerana dalil-dalil yang dimilikinya sama-sama kuat atau kerana kesuntukan waktu untuk berijtihad atau kerana tidak menemui dalilnya. Dalam suasana keuzuran di atas, gugur baginya kewajipan untuk berijtihad sekadar apa yang menjadi keuzuran baginya dan statusnya beralih kepada apa yang di sebaliknya, iaitu taqlid. Ini sebagaimana orang yang memiliki keuzuran untuk bersuci kerana ketiadaan air (maka dia bertayamum).

Dan demikianlah juga bagi orang awam, jika dia berkemampuan untuk berijtihad dalam sebahagian masalah, maka dibolehkan baginya untuk berijtihad. Ini kerana ijtihad merupakan sesuatu yang boleh menerima pemecahan dan pembahagian (kepada tahap dan tingkatannya). Maka yang penting ialah mampu atau tidak (untuk berijtihad). Boleh jadi seorang itu mampu berijtihad di dalam sebahagian masalah akan tetapi tidak mampu di dalam sebahagian masalah yang lain. Akan tetapi kemampuan untuk berijtihad tidak boleh terlepas daripada terlebih dahulu menguasai ilmu yang diperlukan untuk mencapai ijtihad. Adapun jika dia hanya menguasai satu masalah daripada satu bab (atau topik) maka masih jauh baginya untuk ijtihad dalam (bab tersebut).[2]

 

Analisa Pendapat:

Pertama: Analisa ke atas pendapat yang mengharamkan taqlid.

Pihak yang melarang taqlid beralasan dengan kata-kata para imam mazhab yang melarang ajaran mereka diikuti tanpa kajian dalil dan hujah. Antara kata-kata yang dimaksudkan ialah:

Perkataan al-Syafi�e rahimahullah (menegur salah seorang anak muridnya):

Flowchart: Document: Sesungguhnya larangan ter-sebut hanyalah bagi para mujtahid agar tidak bertaqlid kepada mereka (para imam mazhab), bukan kepada ora-ng-orang yang belum men-capai darjat mujtahid.Hai Abu Ishaq, janganlah engkau mengikut begitu sahaja segala yang aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama.[3]

Perkataan Abu Hanifah rahimahullah:

Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa menerima pendapat kami (mazhab) jika mereka tidak tahu dari sumber mana kami memperolehinya.[4]

Perkataan Malik bin Anas rahimahullah:

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan.[5]

Perkataan Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Dapatkanlah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu; dan janganlah berpuas hati dengan hanya bertaqlid kerana taqlid itu bagaikan orang yang buta ![6]

 

Jawab:

Perkataan para imam sepertimana di atas atau apa-apa lain seumpama adalah benar akan tetapi jika dicermati secara mendalam, akan disedari bahawa ia hanya ditujukan kepada mereka yang berkemampuan dari sudut kecerdasan akal dan kemudahan fizikal. Tidak semua orang dapat mencapai tuntutan para imam mazhab tersebut. Justeru berkata al-Zarkasyi rahimahullah:

Sesungguhnya larangan tersebut hanyalah bagi para mujtahid agar tidak bertaqlid kepada mereka (para imam mazhab), bukan kepada orang-orang yang belum mencapai darjat mujtahid.[7]

Maka bagi mereka yang berkemampuan, dilarang untuk bertaqlid kepada ajaran para imam mazhab melainkan mengkajinya sesuai dengan tahap dan tingkatan ilmu masing-masing. Bagi mereka yang tidak mampu, boleh bertaqlid dengan catitan berusaha sekuat mampu untuk mengikuti dalil dan hujah yang digunakan oleh imam mazhab ikutan mereka.

 

Kedua: Analisa ke atas pendapat yang mewajibkan taqlid.

Pihak yang mewajibkan taqlid kepada semua orang beralasan dengan ayat berikut:

Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. [al-Nahl 16:43]

Dengan ayat ini mereka berkata, kewajipan orang awam ialah bertanya dan kemudiannya bertaqlid kepada jawapan yang diberikan oleh orang yang berpengetahuan.

Jawab:

Flowchart: Document: Ilmu dan ijtihad adalah sesua-tu yang memiliki tahap dan tingkatannya.Orang awam se-kalipun tidak mencapai tahap mujtahid mustaqil, mereka ma-sih mampu mencapai tahap yang lebih rendah seperti mujtahid murajjih dan mujtahid musta�dil.Penggunaan ayat di atas bagi mewajibkan taqlid kepada semua orang kecuali para mujtahid mustaqil adalah tidak benar kerana dua sebab:

Pertama:

Ilmu dan ijtihad adalah sesuatu yang memiliki tahap dan tingkatannya. Orang awam sekalipun tidak mencapai tahap mujtahid mustaqil masih mampu untuk mencapai tahap yang lebih rendah seperti mujtahid murajjih dan mujtahid musta�dil.

Oleh itu tidak boleh mengeneralisasikan ayat di atas kepada semua orang awam kerana mereka terbahagi kepada beberapa tahap dan tingkatan untuk mengkaji dan berijtihad.

Kedua:

Taqlid adalah tindakan mengikut sesuatu pendapat agama tanpa memerhatikan dalil dan hujah di sebaliknya. Ayat di atas tidak bersifat menyokong taqlid kerana orang yang bertanya bakal menerima jawapan dalam dua bentuk:

1.      Jawapan yang disertai dengan dalil dan hujah kemudian diikuti dengan kesimpulan hukumnya dan

2.      Jawapan yang tidak disertai dengan dalil dan hujah tetapi hanya kesimpulan hukum seperti �Itu haram�, �Ini sunat� dan sebagainya.

Flowchart: Document: Kami tidak mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama� kepada orang awam yang meminta fatwa akan tetapi yang kami ing-kari ialah penetapan fatwa tanpa bukti keterangan ya-ng mendukunginya, tanpa rujukan kepada al-Qur�an dan al-Sunnah.Berpegang kepada bentuk jawapan yang pertama disebut ittiba� manakala berpegang kepada bentuk jawapan yang kedua disebut taqlid. Oleh itu sekali lagi, tidak boleh mengeneralisasikan ayat di atas kepada bertaqlid sahaja. Malah kesimpulan yang lebih tepat terhadap ayat 43 surah al-Nahl di atas adalah menjauhkan diri daripada menerima jawapan dalam bentuk bertaqlid. Ibn Hazm rahimahullah menerangkan sebabnya:

Kami tidak mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama� kepada orang awam yang meminta fatwa akan tetapi yang kami ingkari ialah penetapan fatwa tanpa bukti keterangan yang mendukunginya, tanpa rujukan kepada al-Qur�an dan al-Sunnah kerana yang demikian itu berkemungkinan menimbulkan ikutan kepada pendapat yang silap.

Jika pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sudah wujud orang yang memberi fatwa yang silap maka sudah tentu selepas kewafatan baginda berlaku lebih banyak kesilapan dalam konteks yang lebih luas. Oleh itu kita harus menghindari fatwa yang dikeluarkan oleh mufti yang tidak menyandarkannya kepada dalil al-Qur�an, al-Sunnah dan Ijma�.[8]

 

Kepentingan meninggalkan sikap taqlid.

Terdapat beberapa sebab penting umat Islam harus berusaha menjauhkan sikap taqlid. Antaranya:

�        Taqlid menghilangkan keindahan Islam dan keyakinan ibadah. Seorang muqallid tidak merasai keindahan agama yang dianutinya dan jauh sekali daripada merasai kepuasan dalam beramal ibadah. Wahbah al-Zuhaili berkata:

Mengetahui hukum syara' di bidang fiqh tanpa dalil dan hujah tidak akan menimbulkan kepuasan fikiran dan kenikmatan jiwa serta tidak akan melahirkan ketenangan kepada mereka yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu.

Dengan kata lain ilmu yang disertakan dengan dalil akan mengeluarkan seseorang daripada ikatan taqlid buta yang dicela oleh al-Qur'an kepada ikutan dalam keadaan sedar dan mengetahui seperti yang disyaratkan oleh imam-imam yang kita terima ilmu pengetahuan daripada mereka.

Selain itu, dalil dan hujah merupakan roh kepada fiqh. Mempelajarinya adalah menjadi latihan dan pendidikan akal serta dapat memupuk bakat orang yang mempunyai ilmu di dalam bidang ini.[9]

�        Bertaqlid menjatuhkan manusia ke tahap yang sangat rendah. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta�ala membezakan antara manusia dan haiwan dengan kurniaan akal sebagai satu alat yang menganalisa, mengkaji dan berfikir. Apabila manusia menolak penggunaan akal dengan bertaqlid, dia menolak satu-satunya ciri khas yang membezakannya dengan haiwan. Kata-kata al-Sya�rani rahimahullah menjelaskan lagi hakikat ini:

Sikap menyerah kepada pendapat para imam mujtahid adalah tindakan kelas orang yang paling rendah padahal yang saya (al-Sya'rani) menghendaki dengan kitab ini adalah apa yang melebihi daripada itu. Seorang muqallid harus tahu bagaimana imam yang diikutinya memahami suatu ayat atau hadis dan bagaimana cara imam tersebut mengambil hukum dari sumber pokoknya.[10]

�        Taqlid menimbulkan sikap taksub mazhab kerana orang yang bertaqlid kepada satu mazhab, maka mazhab itu menjadi keyakinan dirinya sendiri. Sukar untuk dia melepaskan mazhabnya kerana dia tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah berbanding dengan mazhab atau pendapat yang lain.

Sebaliknya yang yang sentiasa mengkaji ajaran mazhab akan memiliki sikap terbuka lagi toleran kerana dia sedia mengetahui kewujudan perbezaan pendapat di antara mazhab.

�        Taqlid menyebabkan para pengikut mazhab tidak dapat membezakan antara ajaran asli mazhabnya dan ajaran adat tradisi yang telah bercampur aduk. Sebagai contoh, umat Islam Malaysia umumnya mengakui bahawa apa yang mereka amalkan adalah Mazhab al-Syafi�e padahal yang benar kebanyakannya ialah percampuran antara Mazhab al-Syafi�e dan adat tradisi tempatan.

Flowchart: Document: Sesiapa yang melazimkan di-rinya membaca kitab-kitab hadis akan mendapati Rasul-ullah s.a.w. apabila mengajar atau menjawab apa-apa per-soalan daripada para saha-bat, baginda akan berusaha memberikan penjelasan yang lengkap agar mereka dapat mengetahuinya dengan penuh keyakinan. Tidak sekali-kali baginda beramal dengan kae-dah taqlidSesiapa yang melazimkan dirinya membaca kitab-kitab hadis akan mendapati Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam apabila mengajar atau menjawab apa-apa persoalan daripada para sahabat, baginda akan berusaha memberikan penjelasan yang lengkap agar mereka dapat mengetahuinya dengan penuh keyakinan. Tidak sekali-kali Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam menghuraikan permasalahan agama dengan kaedah taqlid umpama: �Itu wajib, ini haram; itu sunat, ini makruh dan yang selainnya harus� sebagaimana yang lazim berlaku hari ini.

Salah seorang sahabat bernama �Abd Allah ibn Mas�ud radhiallahu �anh pernah menerangkan cara dia dan para sahabat lainnya belajar al-Qur'an dari Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam:

Biasanya seseorang di antara kami para sahabat jika belajar sepuluh ayat (dari al-Qur'an) tidak akan melebihinya sehingga kami mengerti benar ertinya dan cara melaksanakannya.

Cara seperti ini dicontohi oleh genarasi selepas mereka sebagaimana yang diceritakan oleh Abu �Abd al-Rahman al-Sulami:

Kami diberitahu oleh guru-guru yang mengajar al-Qur'an bahawa mereka dahulu belajar al-Qur'an dari Nabi shallallahu �alaihi wasallam sepuluh ayat, maka tidak akan diminta tambah kecuali sesudah diamalkan dan disesuaikan diri dengan tuntutan ayat tersebut.[11]

 

 

Beberapa langkah untuk menjauhi taqlid.

Memandangkan taqlid sudah menjadi satu kelaziman umat Islam tanah air, berikut disenaraikan beberapa langkah untuk menjauhi taqlid:

�        Menetapkan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu adalah wajib hukumnya ke atas setiap individu muslim. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim.[12] Bertaqlid tidak termasuk di dalam kategori menuntut ilmu melainkan bagi orang yang benar-benar tidak mampu dari sudut kecerdasan akal dan kemudahan fizikal.

�        Menetapkan keyakinan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu agama adalah mudah sebagaimana menuntut ilmu-ilmu yang lain. Lebih dari itu sesiapa yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu atas tujuan memperbaiki agamanya, maka dia akan dipimpin oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]

�        Lazimkan diri untuk menghadiri kuliah agama dan membaca buku yang bersifat ilmiah. Pasti setiap pendapat yang dikemukakan disandarkan kepada dalil al-Qur�an dan al-Sunnah diikuti dengan hujah tokoh yang muktabar. Jauhilah kuliah atau buku agama yang hanya membicarakan agama tanpa dalil dan hujah.

�        Memberi perhatian dan keutamaan kepada para ustaz dan ustazah yang �junior�. Alhamdulillah, negara kita memiliki ramai graduan tempatan mahupun luar negara dalam jurusan agama yang mampu menyampaikan ilmu dengan menjauhi kaedah taqlid. Akan tetapi mereka tidak diberi perhatian yang sewajar oleh masyarakat sebagai sumber rujukan ilmu semata-mata kerana umur mereka yang agak muda.

�          Berdoa kepada Allah agar diberi kecerdasan akal dan kemudahan fizikal untuk menuntut ilmu sebagaimana firman-Nya:

�Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.� [Taha 20:114]

 

 

 

^Kembali Ke Atas

Kata Penutup



[1]  Ensiklopidi Islam  ï¿½ Taqlid.

Syaikh Rashid Rida  ialah seorang ulama' pembaharu dan pembangun Islam yang terkemuka bagi umat Islam akhir zaman. Beliau lahir di Mesir pada 1281H/1865M dan sempat merantau ke beberapa negara Islam yang lain bagi mencari pengalaman dan meluaskan fikiran. Rashid Rida banyak memberikan tumpuan kepada membangkitkan semula ilmu dan sekaligus umat Islam selari dengan peredaran dunia. Bagi beliau, bukan Islam yang memundurkan umat tetapi umat yang memundurkan Islam. Beliau meninggal dunia pada 1353H/1935M.

[2]               Majmu� al-Fatawa, jld. 20, ms. 202-204.

[3]               Riwayat al-Sya�rani di dalam al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 192-193.

[4]               Riwayat Ibn �Abd al-Barr di dalam al-Intiqa� fi Fadha�il al-Tsalatsah al-A�immah, ms. 145 (The Prophet�s Prayer Described, ms. viii).

[5]               Riwayat Ibn �Abd al-Barr di dalam Jami� Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.

[6]               Riwayat al-Sya�rani � al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 36

[7]               al-Bahr al-Muhith, jld 8, ms. 328.

[8]               Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, jld. 6, ms. 1076 sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Luwaihiq di dalam bukunya Ghuluw: Benalu di dalam Berislam (edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi; Darul Falah, Jakarta 2003), ms. 301-302.

[9]               Fiqh dan Perundangan Islam, jld. 1, ms. xliv.

[10]             al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 36.

[11]             Kedua-dua riwayat diutarakan oleh Ibn Katsir di dalam Tafsir al-Qur'an al-Adzim (edisi terjemahan oleh Salim dan Said Bahreisy; Victory Agencie, K.Lumpur 1988), jld. 1, ms. xviii.

[12]             Sahih: Hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lain-lain, dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Jami� al-Shagheir � no: 3913.