1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

ISU 11 : KEPENTINGAN PEMAHAMAN

ISU 13 : PERKEMBANGAN ILMU HADIS  

ISU 12 : KAEDAH MENENTUKAN HADITH

 

 

Soalan  12:

 

Bagaimanakah caranya seseorang ingin memastikan kesahihan sesuatu hadis yang ditemuinya?

 

 

Jawapan:

 

            Cara kita ingin mengkaji sesuatu hadis bergantung kepada sejauh mana ilmu dan pengetahuan kita dalam bidang hadis. Untuk mereka yang ingin tahu, saya cadangkan di sini cara dan kaedah untuk menganalisis sesuatu hadis:

 

1-  Bagi mereka yang menguasai bahasa Arab dan mampu membaca hasil kajian para ulama hadis terdahulu, maka cara untuk menganalisis sesuatu hadis ialah dengan menyemak terlebih dahulu apa yang telah dikatakan oleh ulama-ulama hadis tentang hadis tersebut. Sebagai contoh, jika kita bertemu dengan sebuah hadis yang terdapat dalam buku al Jami� al Kabir atau Sunan al Tirmizi, maka kita mestilah melihat apa kata Abu Bakr Ibn al Arabi dalam Aridhat al Ahwazi, komen al Mubarakfuri dalam Tuhfatu al Ahwazi, kata pengkaji dan penyemak Sunan al Tirmizi seperti Ahmad Syakir, al Albani, Basyar Awwad Ma�ruf dan lain-lain lagi. Setelah pandangan mereka ditemui, nilailah dengan melihat kekuatan hujah masing-masing. Mungkin hadis yang sama ada dalam buku-buku lain. Maka perlulah kita melihat apa kata pengkaji buku tersebut. 

 

2-  Sekiranya telah lama berpengalaman dalam membaca kajian ulama, bolehlah mempraktikkan teori mustolah hadis dengan mengeluarkan sanad-sanad hadis tersebut lalu disemak satu persatu kedudukan periwayatnya. Ini boleh dilakukan dengan menyemak apa pandangan para ulama dalam bidang al Jarh wa at Ta�dil (pujian dan kritikan terhadap periwayat) seperti buku Tahrir Taqrib al Tahzib[1] , Tahzib al Kamal[2], Mizan al I�tidal[3] dan lain-lain lagi.  Kajian ini dibandingkan dan digabungkan pula dengan langkah pertama tadi, maka hasilnya akan bertambahlah ilmu dan maklumat kita dalam pengkajian hadis.

 

3-  Bagi mereka yang tidak mampu, maka perlulah mengambil pandangan mereka yang tahu. Kalau dalam perubatan kita merujuk kepada doktor atau ahli farmasi, dalam kejuruteraan kita akan merujuk kepada jurutera, maka dalam bidang hadis, rujuklah kepada para ilmuwan yang tahu dan berpengalaman dalam bidang pengkajian hadis.

 

4-  Membaca buku-buku hadis yang telah diterjemah juga merupakan satu cara untuk mengetahui kesahihan hadis. Perkara ini penting terutama buku-buku yang telah diberi komen tentang kedudukan atau darjat sesuatu hadis sama ada sahih atau tidak. Contohnya buku-buku seperti Koleksi Hadis-Hadis Nabi (4 jilid) yang dicetak oleh syarikat Jahabersa. Buku ini telah diberi nota kaki yang membicarakan tentang darjat hadis bersumberkan al Albani. Terdapat juga buku lain seperti Sahih Sunan Abu Daud  yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan lain-lain lagi.

 

 

 


[1]Buku ini asalnya adalah buku Taqrib al Tahzib karya Ibnu Hajar al Asqalani. Setelah dibuat pembetulan dan kajian oleh Basyar Awwad Ma�ruf dan Syuaib al Arnaouth, ia dicetak dengan nama Tahrir Taqrib al Tahzib.

[2]Karya  al Mizzi yang merupakan seorang pakar kajian periwayat. Bukunya diiktiraf antara buku terbaik pernah ditulis dalam bidang ini.

[3]Karya  al Zahabi (meninggal 748H).

www.al-firdaus.com