|
KATA-KATA ALUAN
oleh
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن
سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله،
أما بعد:
Setelah saya melihat
susunan buku ini, saya rasa ia amat bermanfaat untuk mereka yang
ingin memahami ilmu hadith di peringkat awal. Buku ini disusun begitu
rupa oleh penulisnya agar masyarakat awam dapat mendekati ilmu yang
penting ini. Semoga Allah memberikan pahala kepada penulisnya dan
ditunaikan hasrat dan cita-cita kita semua agar masyarakat awam mula
memahami ilmu hadith dan menghayati sunnah Nabi s.a.w dengan kaedah yang
betul.
Ilmu hadith adalah amat penting
dalam memahami hakikat agama yang tulen. Banyak perselisihan mengenai
persoalan-persoalan ilmiah sesama masyarakat Islam berpunca daripada
tidak memahami kedudukan hadith, kepentingannya dan kaedah-kaedah yang
betul dalam berinteraksi dengannya.
Penulis buku ini adalah seorang
yang telah terdedah dengan pengetahuan yang baik dalam ilmu hadith ini.
Beliau pernah berguru dengan tokoh yang dianggap jaguh dan terbilang
dalam bidang ini di zaman kita iaitu al-Syeikh Syu’aib al-Arnaut.
Pengetahuan beliau boleh membantu kita semua untuk meluruskan manhaj dan
mengembalikan wajah Islam yang tulen dalam kehidupan umat.
Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk menggalakkan para penuntut ilmu membaca buku-buku yang
berfaedah dan berdisiplin seperti buku ini. Buku ini wajar dimiliki oleh
mereka yang berusaha menghayati manhaj yang sahih dalam berpegang dengan
hadith. Kita doakan agar buku ini dapat memainkan peranannya dalam
menyalurkan maklumat ilmiah kepada individu dan masyarakat yang cinta
dan dahagakan sunnah al-Rasul s.a.w.
Sekian, Yang Amat Berharapkan Keampunan Tuhannya
(Mohd. Asri Zainul Abidin)
|