|
ISU 11 : KEPENTINGAN
PEMAHAMAN
Soalan 11:
Apakah kepentingan kita mengetahui sama ada sesuatu hadis
itu sahih atau tidak?
Jawapan:
Mengetahui kesahihan sesuatu hadis adalah
penting. Ia bukan sahaja penting, malah ia merupakan
kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam. Menurut dua
orang pengkaji hadis masa kini – Abd. Qadir al Arnaouth
(2004M) dan Syuaib al Arnaouth – dalam muqaddimah bagi
kajian mereka terhadap buku Zad al Ma’ad Fi Hadyi Khair
al Ibad karya Ibn Qayyim al Jauziyyah (751H):
Persoalan kajian tentang hadis sahih
dan dhaif adalah persoalan yang memerlukan perhatian yang
lebih daripada perkara-perkara lain. Khasnya pada zaman ini
di mana ilmu ini hampir pupus dan amat jarang kita temui
orang yang mampu melakukannya dan bersabar atas segala
susah payahnya. Maka kita dapati banyak hadis-hadis dhaif
dan palsu yang berlegar di mulut-mulut orang ramai iaitu
daripada kalangan para khatib, guru-guru dan penulis-penulis.
Hadis-hadis ini diambil oleh orang ramai seterusnya
dipercayainya sebagai hadis sahih dan diamalkannya
.
Di sini elok kita melihat kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa
Eropah yang juga merupakan ahli fiqh terkenal pada zaman ini
iaitu Yusof al Qaradhawi yang menyebut:
Sesungguhnya hadis dhaif tidak
digunakan sebagai dalil dalam menentukan hukum.
Seorang imam hadis yang terkenal, Muslim pernah menyebut
bahawa:
Dan
ketahuilah, semoga ALLAH memberikan kamu petunjuk, bahawa
sesungguhnya satu kewajipan kepada setiap orang yang telah
mengetahui cara membezakan di antara riwayat yang sahih dan
yang dhaif serta mampu membezakan antara periwayat-periwayat
yang dipercayai dengan yang dikritik (dhaif) supaya tidak
meriwayatkan melainkan riwayat yang diketahui kesahihannya
dan kebaikan periwayatnya. Dan dia perlu mengelakkan dari
riwayat-riwayat yang datang dari orang-orang yang dikritik
dan orang-orang yang melakukan bid’ah.

Zad al Ma’ad Fi Hadyi Khair al
‘Ibad – Ibnu Qayyim al Jauziyyah – jilid 1 –
muka surat 11 – cetakan ketiga 1998 – Muassasah al
Risalah)
|