1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

ISU 18 : PENGGUNAAN HADIS PALSU

ISU 20 : CONTOH HADIS PALSU YANG TERSEBAR

ISU 19 : PERANAN ULAMAK

 

 

Soalan 19:

 

Apakah langkah yang telah dilakukan oleh para ulama dalam memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan hadis-hadis dhaif dan palsu?

 

 

Jawapan:

 

            Para ulama hadis sejak dahulu hingga kini telah melakukan usaha yang gigih dan berterusan dalam memelihara kesucian hadis-hadis sahih agar tidak tercampur aduk dengan hadis-hadis dhaif dan palsu. Walaupun masyarakat Islam tetap dicemari dengan kejahilan tentang perkara ini, namun sudah pasti keadaan akan menjadi lebih parah jika tidak ada usaha-usaha daripada para ulama hadis tersebut. Alangkah baiknya jika usaha ini diwarisi oleh kita di Malaysia untuk memelihara masyarakat Islam negara kita daripada tersalah dalam mempercayai hadis-hadis yang tidak sahih ini. Tidak dapat dinafikan memang ada usaha yang telah dibuat namun usaha ini perlu ditambah dan diberikan ruang yang lebih luas untuk memastikan kesannya lebih mendalam kepada masyarakat.

 

Di antara usaha yang telah ada dalam memberikan penjelasan tentang hadis-hadis dhaif dan palsu di Malaysia ialah buku yang bertajuk Himpunan Hadis-Hadis Dhaif dan Palsu yang telah dikumpulkan oleh al Marhum Drs. Abd. Ghani Azmi Idris. Semoga ALLAH memberikan ganjaran dan pahala kepada beliau atas usahanya mengumpul dan menterjemah hadis-hadis tersebut.

 

            Berikut saya simpulkan beberapa langkah yang telah diambil oleh para ulama hadis sejak dahulu hingga kini dalam memastikan masyarakat dapat mengenal pasti hadis-hadis dhaif dan palsu. Maklumat ini saya simpulkan daripada buku Athar al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu�ah Fi al Aqidah yang ditulis oleh Abd. Rahman Abd. Khaliq yang merupakan salah seorang ulama terkenal dari Kuwait dan juga daripada pendahuluan buku Tahrir Taqrib al Tahzib karya Basyar Awwad Ma�ruf dan Syuaib al Arnaouth. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut  :

 

1-  Penyusunan  kaedah-kaedah pengkajian ilmu hadis yang dinamakan Mustolah al Hadith atau Usul al Hadith. Pada peringkat awal (sebelum kurun ke 4) kaedah-kaedah pengkajian ini tidak disusun dalam satu bentuk yang khusus tetapi ia diketahui oleh semua yang terlibat dalam pengkajian hadis. Seterusnya (selepas kurun ke 4) kaedah-kaedah ini dibukukan dan diasingkan untuk kemudahan mereka yang ingin melibatkan diri dalam kajian ini. Di antara buku-buku yang terawal dihasilkan di dalam bidang Mustolah al Hadith ialah buku al Muhaddith al Fashil karya al Ramahurmuzi (360H) dan buku Ma�rifat Ulum al Hadith karya al Hakim. Kaedah-kaedah ini bukanlah segala-galanya yang diperlukan oleh pengkaji hadis malah seseorang pengkaji memerlukan pengalaman dalam mempraktikkan segala teori yang ada dalam ilmu Mustolah Hadith.

 

2-  Pengumpulan hadis-hadis sahih untuk dijadikan panduan. Maka dengan sendirinya masyarakat dapat  membaca dan mempelajari hadis-hadis yang diyakini kesahihan dan kebenarannya dari Nabi SAW. Usaha ini dibuat antaranya oleh Malik bin Anas  dalam bukunya al Muwattho�, al Bukhari dalam bukunya al Jami� al Sahih atau yang lebih dikenali dengan nama Sahih al Bukhari dan lain-lain lagi.

 

3-  Pengkajian hadis-hadis yang terdapat dalam buku-buku yang terkenal dalam kalangan masyarakat untuk membezakan antara hadis-hadis yang sahih dan dhaif atau palsu. Contohnya:

 

-   apa yang dibuat oleh Ibnu Hajar al Asqalani ketika mengkaji hadis-hadis buku Tafsir al Kasyaf karya al Zamakhshari (538H)

 

-   al Iraqi (806H) yang mengkaji buku Ihya� Ulumiddin karya al Ghazali (505H).

 

-   Muhammad Nasiruddin al Albani yang menyemak beberapa buah buku ulama pada masa ini seperti buku al Halal wa al Haram  karya Yusof al Qaradhawi dan buku Fiqh al Sunnah karya Sayyid Sabiq.

 

4-  Pengasingan nama-nama periwayat yang tidak diterima dan dikritik sama ada sebagai periwayat yang dhaif, penipu dan sebagainya. Para ulama hadis telah mengarang dan mengumpulkan nama-nama mereka untuk diambil perhatian oleh masyarakat sama ada para ulama atau masyarakat biasa agar tidak mengambil hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka. Maka lahirlah buku-buku seperti al Dhuafa� karya al Bukhari, al Dhuafa� wa al Matrukun karya al Nasaai , Mizan al I�tidal karya al Zahabi dan sebagainya. Terdapat juga buku-buku yang mengumpulkan nama-nama periwayat secara umum dan mengkategorikan adakah beliau diterima (dipercayai) atau tidak diterima. Buku-buku tersebut adalah seperti Tahzib al Kamal karya al Mizzi dan Taqrib al Tahzib oleh Ibnu Hajar al Asqalani. Kesemua buku ini memudahkan penganalisis dan pengkaji hadis sepanjang zaman untuk membezakan antara periwayat yang diterima atau tidak dalam sesuatu sanad hadis serta melihat kedudukan mereka dari segi meriwayatkan hadis.

 

5-  Penulisan buku-buku khas yang mengumpulkan hadis-hadis palsu dan dhaif yang dijadikan sebagai peringatan kepada umat Islam agar tidak menerimanya sebagai hadis sahih. Usaha ini dibuat oleh ulama-ulama hadis sejak dahulu hingga kini seperti Ibnu al Jauzi dalam bukunya al Maudhu�aat, al Suyuthi dalam bukunya al Laali� al Mashnu�ah  dan Muhammad Nasiruddin al Albani dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu�ah. Di Malaysia, usaha ini dipelopori oleh Drs. Abd. Ghani Azmi Idris yang telah berjaya mengumpulkan banyak hadis dhaif dan palsu dalam bukunya Himpunan Hadis-Hadis Dhaif dan Palsu.

 

 


 

www.al-firdaus.com