Adlan Bin Abd. Aziz berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat
pendidikan awal sehingga menengah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Kedah, kemudian melanjutkan pelajaran dalam
bidang Bahasa Arab di Universiti Al Bayt, Jordan sehingga
memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab.
Semasa berada di Jordan, beliau mula mengenali secara lebih mendalam
tentang ilmu pengkajian hadis Nabi SAW. Beliau sempat
belajar sama ada secara formal atau tidak formal daripada
ulama-ulama Jordan termasuklah ahli hadis terkemuka pada
masa ini iaitu Syeikh Syuaib al Arnaouth. Sejak itu tersemat
di dalam hati beliau keazaman untuk membantu menyebarkan
ilmu dan maklumat tentang hadis Nabi SAW agar dapat dikongsi
oleh masyarakat umum.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau melanjutkan pengajian untuk mendapat
Diploma Perguruan daripada Maktab Perguruan Islam, Bangi.
Sekarang beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Tun Razak, Cheras sambil menyambung
pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan
Bahasa Arab.
|