بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 

Alhamdulillah, ramai umat Islam yang berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Akan tetapi mungkin, tidak ramai yang mengetahui adab-adab berdoa kepada Allah. Adab-adab ini amatlah penting untuk diketahui agar doa bukan sahaja dimakbulkan oleh Allah, tetapi menjadi aqidah yang mentauhidkan-Nya, keimanan yang kukuh kepada-Nya, hati yang berharap kepada-Nya dan ibadah yang menjana pahala daripada-Nya.

Buku ini saya susun dalam format soal jawab agar mudah difahami oleh para pembaca. Para pembaca boleh menuju terus ke mana-mana soalan yang diminati, namun amatlah dianjurkan membaca setiap soalan dari awal buku ini demi kefahaman yang terbaik.

Sebahagian jawapan ada yang memiliki perbezaan pendapat di kalangan para ilmuan Islam dahulu dan kini. Dalam menghadapi perbezaan pendapat ini, saya tidak fokus kepada nama ilmuan dan mazhab mereka, sebaliknya dalil dan hujah yang mereka kemukakan.

Sebahagian jawapan ada yang berbeza dengan kelaziman amalan masyarakat tempatan. Semoga dalil dan hujah yang saya kemukakan dalam buku ini dapat membetulkan kelaziman tersebut.

Dialu-alukan apa-apa maklumbalas, pembetulan, kritikan dan bantahan. Sila emel terus kepada saya di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whats app ke 019-384 8467.

Selamat membaca.

Hafiz Firdaus bin Abdullah.