Jawapan:

Dibolehkan menangis ketika berdoa, asalkan tangisan itu adalah tulen dan bukan dibuat-buat. ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiallahu 'anh berkata,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَلَا قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي إِبْرَاهِيمَ ((رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي))

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam membaca (dalam al-Qur’an) firman Allah ‘Azza wa Jalla tentang Nabi Ibrahim, “Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku.” [Ibrahim 14:36]

الْآيَةَ وَقَالَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَام ((إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ))

(Rasulullah juga membaca ayat berikut) Dan berkata ‘Isa ‘alaihis salam, “Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau. Dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [al-Maidah 5:118]

فَرَفَعَ يَدَيْهِ وَقَالَ: "اللَّهُمَّ أُمَّتِي أُمَّتِي" وَبَكَى.

Maka (Rasulullah) mengangkat kedua tangannya dan berdoa, “Ya Allah! Umatku! Umatku!” sambil menangis.

فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: يَا جِبْرِيلُ اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ وَرَبُّكَ أَعْلَمُ فَسَلْهُ مَا يُبْكِيكَ؟

Maka Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai Jibrail, pergilah kepada Muhammad dan bertanyalah – padahal Allah lebih mengetahui – apa yang membuatkan kamu menangis?”

فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَسَأَلَهُ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا قَالَ وَهُوَ أَعْلَمُ.

Maka malaikat Jibrail ‘alaihis salam mendatangi (Rasulullah) dan bertanya kepada baginda, lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan tentang firman Allah (ayat-ayat yang baru dibacanya) sementara Allah lebih mengetahui (tentang apa yang menyedihkan baginda).

فَقَالَ اللَّهُ: يَا جِبْرِيلُ اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ فَقُلْ إِنَّا سَنُرْضِيكَ فِي أُمَّتِكَ وَلَا نَسُوءُكَ.

Maka Allah berfirman, “Wahai Jibrail, pergilah kepada Muhammad dan katakanlah (kepadanya), sesungguhnya Kami akan menggembirakan kamu dalam urusan umatmu dan tidak akan membuat kamu sedih.”[1]

 

 

[1]          Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 301/202 (Kitab al-Iman, Bab doa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk umatnya dan tangisan baginda kerana prihatin ke atas mereka).