Jawapan:

Dibolehkan berdoa jika dalam keadaan hadas besar, seperti ketika sedang junub atau haid. Ini berdasarkan keterangan A’isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berzikir dalam setiap masa dan berdoa termasuk dalam kategori zikir. Ini kerana dalam doa terdapat ingatan kepada Allah, puji-pujian kepada-Nya sebagai pembuka doa dan penyebutan nama-Nya untuk meminta dan merayu.

A’isyah radhiallahu 'anha berkata,

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ.

Kebiasaan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah baginda berzikir kepada Allah pada setiap masa.[1]

 

[1]          Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 558/373 (Kitab al-Haidh, Bab zikir kepada Allah Ta’ala dalam keadaan junub dan selainnya).